Free Hosting  

Nebula

 Perkataan Nebula sebenarnya asal dari bahasa latin lama dari zaman dahulu lagi. Dalam bahasa latin perkataan Nebula membawa maksud "awan, kabus atau wap". Pada zaman dahulu, sebelum terciptanya peralatan seperti teleskop, manusia melihat langit di waktu malam dan  nampak beberapa kawasan di langit yang bersinar seperti kepulan awan atau wap. . Contoh-contoh Nebula yang biasa dapat diperhatikan adalah seperti berikut:

5 Jenis  Nebula dan Ringkasan Tentang Ciri-Cirinya 

The Merope (Reflection Nebula) Nebula in Taurus

 Nebula Merope (mer-o-pe)  dalam buruj Taurus. 

1.  Nebula Pantulan

 

Nebula Merope ini dapat diperhatikan di antara jujukan bintang 'The Pleiades' (plea-ah-dees) yang sungguh menarik. Kumpulan bintang ini juga dikenali sebagai M45 (Messier Object 45), atau 'The Seven Sisters'.  Habuk dan gas di dalam nebula ini tidak memancarkan cahayanya sendiri tetapi ia  hanya memantulkan cahaya dari bintang-bintang berhampiran. Dalam kes ini, nebula ini membalikkan cahaya daripada bintang Merope. Fenomena ini dapat diperhatikan hanya dengan menggunakan teleskop kuasa tinggi.

The Rosette Nebula (Emission Nebula) in Monoceros

Nebula Rosette dalam buruj Monoceros (mo-nos-er-os)

2.  Nebula Pancaran 

 

Nebula ini mengelilingi sekumpulan bintang yang muda. Ia memancarkan cahayanya sendiri disebabkan oleh pancaran radiasi ultraungu yang dihasilkan oleh bintang-bintang muda yang sangat panas di tengah nebula ini. Walaupun pancaran ini tidak  dapat diperhatikan, namun ia mampu 'merangsangkan' atom habuk dan gas sehingga nebula ini dapat melompat ke paras tenaga yang lebih tinggi. Dengan itu, ia dapat memancarkan cahayanya yang boleh diperhatikan dalam spektrum cahayanya. Nebula Pancaran dapat diperhatikan di beberapa kawasan di langit pada waktu malam. Di antaranya, yang paling terkenal ialah Nebula Orion. Dalam istilah astronomi, jenis nebula ini dikenali sebagai kawasan H II (H two) kerana atom hidrogennya wujud dalam keadaan yang diionkan oleh pancaran ultraungu yang kuat daripada bintang atau bintang-bintang. 

The Horsehead Nebula (Dark Nebula) in Orion

Nebula 'Horsehead' dapat dijumpai dalam buruj Orion 

3. Nebula Gelap 

 

 Nebula gelap  adalah antara objek di langit yang paling sukar untuk dikesan. Walaubagaimanapun, sekiranya dapat diperhatikan, ia adalah di antara pandangan yang sungguh menakjubkan di langit pada waktu malam. Nebula gelap adalah awan dan gas yang menyerap sedikit cahaya dari bahagian belakangnya. Cahaya yang diserap akan memanaskan partikel habuk yang seterusnya memancarkan semula tenaga yang diserap sebagai cahaya infra merah. 

The Eskimo Nebula (Planetary Nebula) in Gemini

Nebula Eskimo  atau 'Clownface Nebula' dapat dijumpai dalam buruj Gemini.

4.  Nebula Planet

 

  Imej Nebula Planet ini adalah antara banyak bentuk yang dilalui oleh nebula ini ketika lapisan gasnya terhambur ke luar.
Nebula Planet terbentuk apabila bintang-bintang lama ( bersaiz Matahari) yang gas hidrogennya hampir kehabisan selepas berjuta-juta tahun, berkembang menjadi suatu Raksasa Merah. Bintang ini tidak meletup tetapi  pada peringkat-peringkat berbeza ia akan mengeluarkan gas-gas pada kelajuan yang rendah. Bahagian terasnya akan menjelma menjadi suatu Kerdil Putih iaitu suatu bintang yang sangat panas. Suhu radiasi yang sangat tinggi ini akan menyebabkan gas-gas yang dikeluarkan itu menjadi ion dan seterusnya  nebula ini akan memancarkan cahaya.

 

The Crab Nebula (Supernova) in Taurus

Nebula Crab, juga dikenali sebagai M1 dalam buruj Taurus.

5. Nebula Reja Supernova 

 

Gambar sebelah menunjukkan saki yang ditinggalkan oleh suatu bintang super raksasa yang mengalami letupan Supernova dalam tahun 1054A.D., seperti yang diperhatikan dari Bumi. Ia sungguh terang dan telah dapat diperhatikan di sebelah pagi selama beberapa minggu.   Ia dianggarkan berada sejauh  6,500 tahun cahaya dari Bumi.  

Renungan..........

Mungkinkah pada suatu hari nanti, anda dapat menikmati keindahan dan misteri di angkasa lepas dengan kajian dan penerokaan dari usaha sendiri? ( Objek-objek di angkasa lepas boleh dikaji samada sebagai suatu profession ataupun sebagai suatu hobi......) 

 

Teleskop Hubble mempunyai kuasa resolusi yang sangat tinggi yang membolehkan kita melihat struktur bintang dan jasad-jasad lain di angkasa lepas yang terletak berjuta-juta tahun cahaya dari Bumi dengan lebih dekat dan jelas lagi.

hubble.jpg (14899 bytes)

      [ke muka kelahiran bintang]                 [Balik ke atas]              [ke muka bintang raksasa]